Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,
Dalam dunia yang serba penuh dengan pancaroba ini, marilah kita bertekad serta menanam azam agar kita sentiasa pertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. yang maha agong. Hindarkan segala perbuatan munkar terutamanya rasuah, fitnah memfitnah, sombong dan ego, riak serta bersekongkol dengan para mungkaran yang merasakan mereka sentiasa dijalan yang betul.
Tuan-tuan & Puan-puan,
Untuk tujuan ini saya ingin memberi contoh tentang kemungkaran yang sering berlaku di kampong saya bernama " KAMPONG SEA LAND AND AIR ". Kepada semua pemegang jawatan samada Pegawai Syarak, Adat, Pengerusi JKKK, Ketua Cawangan Parti Politik serta semua juak-juak mereka yang sentiasa mengampu kerana sedikit habuan berbentuk kewangan sanggup mengiakan apa juga perbuatan mungkar yang sering dilakukan tanpa apa-apa bantahan, bak kata pepatah " Sentiasa menjadi Pak Turut ".
Akan disambung pada episod yang akan datang.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan